Friday 18 March 2011

lagu untukku..




Satu
Kasih nan abadi,  
Tiada tandingi
Dia Yang Satu

Dua
Sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga 
Kasihnya ibu

Tiga
Lapar dan dahaga 
Rela berpayahan 
Setianya ayah

Empat
Mudah kau ketemu
Berhati selalu
Beza antara 
Kasih dan kekasih

Ibu
Ku ingat dahulu 
Menyisir rambutku 
Kemas selalu

Ayah
Menghantar ke sekolah 
Bergunalah ilmu
Bila dewasa

Sayang
Dengar lagu ini 
Untuk kau sandarkan
Buat pedoman

Jangan
Manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai
Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya

Andai
Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
                                                                Hidup ini sementara

*moga menjadi pedoman buat saya dan pembaca yang berhemah sekalian...buat bakti sebelum jejak kita terhenti,dan kasihi ibu ayah sebelum kita bertemu Allah..

50 tahun sudah..

assalamualaikum,salam buat penduduk dunia yang tiap harinya dimulakan dengan lafaz syahadah..

50??tidakkah angkanya kelihatan terlalu besar??

17 mac 2011 yang lalu,genaplah usia abah saya yang ke-50..tahniah abah..semoga hari yang mendatang dalam hidup abah akan lebih indah di samping ummi dan anak-anak..terima kasih abah...terima kasih kerana.............
  • dengan izin Allah,abah berkahwin dengan ummi,dan lahirlah ayang..
  • mengiqamahkan ayang saat ayang lahir ke dunia..
  • menyayangi ayang dari saat ayang dilahirkan hinggalah ke sekarang..
  • mencari rezeki siang dan malam untuk menyara seisi keluarga termasuk ayang..
  • memberi didikan tentang Islam sedari ayang pandai berkata-kata dan memahami sesuatu seawal-awal usia..
  • menyekolahkan ayang dengan sekolah-sekolah agama dari ayang kecil hinggalah sekarang..[Tadika Al-Islah,Sekolah Rendah Al-Islah,Sekolah Menengah Al-Islah,Sekolah Menengah Agama(Arab)Yayasan Khairiah]..
  • memerhati setiap tingkah laku ayang..
  • menegur kesalahan dan kesilapan ayang..

 Abah..doakan ayang berjaya dunia dan akhirat,doakan kebaikan dan kebajikan ayang..doakan ayang agar dapat membahagiakan abah dan juga ummi kerana mungkin setelah menganjak ke usia yang lebih matang dari dahulu,ayang berfikir bahawa,INILAH MASANYA UNTUK AYANG MEMBALAS SEGALANYA..NOW IT'S MY TURN..

banyak benda yang abah lakukan untuk saya...dan untuk yang ke berapa kali,,TERIMA KASIH,THANK YOU,SYUKRAN JAZILAN kepada abah...

kehidupan..






Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

lirik lagu ni sangat memberi kesan pada diri saya..setiap bait-bait yang ditulis ada maksud tersirat yang sangat berharga,,lagu ni juga pernah menjadi lagu tema bagi program kepimpinan biro-biro asrama puteri Muassasah Al-Khairiah bagi sesi 2011..

antara sedar atau tidak..





Di "muassasah" kita berpakaian sopan,
berjubah serban, bertudung labuh,
bila dipandang hati tersentuh,
alangkah sejuknya mata,hati dan jiwa,
melihat penampilan yang sedemikian rupa,
tetapi kita mudah bertukar fesyen,
bila di luar hilang semua,
hampir tak kenal kerana lain rupanya,
tadi berserban sekarang rambut merebang,
bertudung labuh tukar jadi jarang,
alahai mudahnya kita bertukar segala,
tak percaya tapi itulah realitinya.


Di luar tunduk menjaga mata,
tidak hirau apa berlaku disekelilingnya,
terlanggar tiang pun tak terduga,
tapi lihatlah pula sebaliknya,
bila sendirian lain jadinya,
website murahan menjadi hidangannya,
hiburan 'tak enak' santapan mata,
tidak sedar panasnya neraka,
kerana di dunia masih tak terasa,
tak percaya tapi itulah realitinya..


bertutur elok bila berkata,
sopan santun ramah mesra,
setiap ayat diatur sempurna,
jangan ada salah silapnya,
tiba-tiba terlanggar batu bata,
kata makian terhambur tiba-tiba
nah, bagaimana?
adakah perbuatan seindah kata-kata?
tak percaya tapi itulah realitinya..


Bila terserempak ajnabi di luar,
mata tertunduk menjaga pandangan,
alangkah baiknya, hati berkisar,
namun jangan kita tersasar,
berbual mesra dengan sesiapa,
tak kira sudah syaitan bersama,
kini moden semua tak sedar,
ym, facebook hampir menggegar,
terlalu mudah membuat onar,
dosa pahala belakang kira..
tak percaya tapi itulah realitinya..


Menjaga solat setiap masanya,
Awal waktu, tak kira di mana,
di hadapan ramai khusyuk lihatnya,
menjaga adab segala yang ada,
tapi lain pula sebaliknya,
di rumah tak mampu menjaga solatnya,
terserlah lagi di waktu subuhnya,
tak mampu mengangkat selimut di tubuhnya,
terlajak waktu sudah biasa,
tak percaya tapi itulah realitinya..


Bila diminta menyampaikan pesan,
kata-kata meninggalkan kesan,
hati yang mendengar tak bosan,
kerana jiwa tunduk keinsafan,
namun bila pulang,
hilang kesabaran,
kata-kata diberi tidak diamalkan,
malah kita yang berlebih-lebihan,
mudah-mudahan mendapat penghayatan..


Andai diri kita belum sempurna,
sama- samalah kita perbaikinya,
jangan lemah dengan teguran,
kalau kita inginkan kebaikan,
andai teguran menusuk jiwa,
bukan niat menyakiti hati,
sekadar peringatan untuk berkongsi,
agar di akhirat tak menyesal nanti..

di copy-paste dari: