Saturday 7 May 2011

di sebalik hati..

Assalamualaikum..
Salam kemanisan iman buat semua penduduk dunia yang harinya dimulakan dengan lafaz keramat.Syahadah..
Salam sejahtera buat insan mulia,utusan Allah,bapa terhebat,sahabat terbaik,dan Rasul sepanjang zaman,Muhammad Rasulullah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
di sebalik hati ini,apa yang tersirat di sanubari..



Petang tadi saya dikejutkan dengan soalan yang membuatkan hati saya begitu tersentap..

Kakak: Ayang,spm bila?? 

Saya   : Bulan 12 ni,lagi 7 bulan..Awatnya??

Kakak: 12 b ulan tu bukannya lama.Pejam celik,pejam celik sampai la..Cuba berhenti sat dok blogging tu..     Segala hat guna internet ni,stop sat dulu boleh dak??
Saya   : Laaa.....orang ada blog ja,fb tak dak pon.. Orang bukannya tak study pon,,malam2 dok bangun jugak,.. Taw la dia pandai pon..(sambil menunjukkan muka yang sebal dan bangun-tanda merajuk)


Bila saya masuk ke dalam bilik dan duduk bersendirian,ada benar juga kata kakak saya.. pejam celik,sampai la tarikh tu.. Cuma kadang-kadang saya terfikir dan pertikaikan apa yang dah Allah tetapkan buat kakak saya,, sebab saya tengok dia,bila tiba waktu exam,tak sampai sehari pegang buku,result tetap gempak..

Dan umi saya selalu ingatkan bahawa setiap dari anak-anak dia punya kelebihan dan kekurangan masing-masing..Perkara itulah yang selalu saya ingatkan dalam diri saya dan hati saya supaya SIAPA DIRI SAYA adalah kelebihan dan kekurangan yang telah Allah tetapkan.. Cuma perubahan lain yang perlu kita usahakan sendiri supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkina di masa hadapan..kerana Allah ada berfirman:

"Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan mereka yang mengubahnya sendiri."

Insya Allah,esok saya akan kembali ke hostel setelah bercuti selama 3 hari di rumah,
Tahniah kepada sahabiah yang berjaya menyertai perlawanan sukan sekolah-sekolah swasta bagi mewakili zon Selatan.[.^_^]

Friday 6 May 2011

fikir zikir..

 Bismillahirrahmanirrahim,
perkongsian yang hanya sementera tapi bagi saya cukup bermakan buat anda para pembaca yang hidupnya hanya untuk Rabb..

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan;
 
"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"
 


ok lah semua,kalau Allah izin,nanti saya coretkan lagi sesuatu yang boleh dikongsi dan dijadikan pedoman kita dalam hidup seharian sebagai hambaNya...
Ilalliqa'.....

belaianmu..

Assalamualaikum buat semua penduduk dunia yang harinya dimulakan dengan lafaz keramat SYAHADAH..
Salam sejahtera buat Kekasih Allah yang sentiasa dirindui oleh mereka-mereka yang beiman dan mengharap pertemuan dengannya di jannah kelak..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
selamat hari ulang tahun kelahiran ke-46 kepada umi yang tercinta..
hari yang bermakna bagi umi walaupun cuma 2 orang anak umi di sisi,(abang,kakak,adik ada amanah yang belum selesai)..
penghargaan yang tak terkira ayang ucapkan pada umi yang selama ni tak pernah berhenti mendoakan ayang dan anak-anak umi yang lain..
ayang ucapkan selamat hari lahir pada umi(0605) dan selamat hari ibu pada umi(0805)..
atas segala perkara yang umi lakukan untuk ayang,terlalu banyak kiranya untuk ayang nukilkan di sini..
ayang sendiri tak pasti salasilah datangnya hari ibu,tapi bagi ayang,hari-hari yang dilalui adalah hari ibu...



Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu

Selamat Hari Ibu dan Hari Lahir wahai Ummi yang ayang Kasihi kerana Allah..
Terima kasih atas segala titik peluh ummi membesarkan ayang..
Masa yang ummi korbankan untuk ayang..
Kesabaran ummi melayan karenah ayang..
Doa yang tidak putus dari ummi buat ayang..
Ayang sayangkan ummi melebihi dari diri ayang sendiri..

Ummi..Ayang takkan sia-siakan harapan ummi..
Akan ayang penuhi segala hasrat ummi..
Demi kerana ayang sebagai amanah ummi dan abah..
Demi kerana amanah dari ummi dan abah untuk ayang..
Dan untuk ISLAM..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
the Prophet s.a.w told us that we must obey Allah s.w.t & his Massenger at all time..
But after that..who must we listen to and be close to?
your mother..
yes… welldone!

Thursday 5 May 2011

hanya pada ALLAH..

selamat sejahtera ke atas mu dengan rahmat dan keberkatan Allah yang maha Pemurah dan Penyayang terhadap hamba2Nya yang zalim…
selawat dan salam ke atas junjungan besar ikutan sepanjang zaman,kekasih yang sangat dikasihi,Rasulullah s.a.w, serta buat keluarga dan sahabat baginda r.a..
salam kemanisan iman buat semua penduduk dunia yang pagi hari dimulakan dengan kalimah keramat,Asyhadu an lailahailla Allah,wa anna Muhammad rasulullah...
———————————————————————————————–
tatkala kita ditimpa musibah yang menggoyahkan iman,kesabaran dan kekuatan
kita akan kembali kepada Allah…
kita minta bantuanNya..
kita minta simpatiNya..
kita minta Dia agar buangkan musibah itu..
dan Allah yang maha Pemurah itu..
bantu kita..
kasihankan kita..
buang musibah itu dari kita..
dan ketika itu..
kita lupa..
lupa kepada Allah yang telah membantu kita..
lupa kepada Allah yang kasihankan kita..
lupa kepada Allah yang telah membuangkan segala musibah yang menimpa kita..
tanpa segan silu kita..
langgar suruhan Allah..
lakukan laranganNya..
tinggalkan solat yang menjadi tiang agama…
dedahkan aurat yang menjadi amanah…
bergaul bebas sedang Allah telah menetapkan batas utk kemaslahatan kita..
dan nanti..
apabila Allah beri kita ujian..
sekali lagi kita meminta kepadaNya..
sekali lagi kita menangis-nangis minta bantuanNya..
dan bila Allah mudahkan urusan kita..
sekali lagi kita lupa padaNya..
sekali lagi kita ingkar perintahNya…
tidak malukah kita??…
———————————————————————————————–
sesungguhnya Allah lebih dekat dgn manusia lebih dari urat leher manusia itu sendiri…maka yakinlah bahawa Allah sentiasa bersamamu,sentiasa mendengar tangisanmu..sentiasa menjaga dan melihatmu…
mintalah..
mohonlah..
.mengharaplah…hanya pada Allah
kerana hanya Allah yang mampu memberi apa yang minta..

aku takut pada rindu itu..

BISMILLLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,..
 
 
malam ini,Ya Allah,,,
Engkau menjadi saksi akan hijab diriku yang sebenar,,
-ana liyana. 

jatuh cinta di jalan dakwahMu..


"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat, khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥



Dan terkadang kecintaan memelikkan kita. . Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?

Hanya pada pandangan pertama. Dan dulu seorang adikku selalu mengatakan itu padaku,

Mudahnya aku menyintai seseorang. Begitu juga dalam jalan dakwah ini.

Kita akan mudah terjatuh cinta. Banyak kali... Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.

Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini. Ia adalah tautan hati Yang sukar dimengertikan.

Perasaan yang sukar Dinukilkan dengan lukisan kita Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.

Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti ..Jauh dirasakan dekat

Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan ..Ianya bahagia tiada tara!

Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi ..Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri demi insan yang baru sahaja dikenali

kerana ikatan hati itu bertahkik pada cinta Ilahi..

( aku dan dia, mengalami rasa yang sama.. mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)

Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita, Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,

Setiap masa.. Mudahnya dakwah ini menjadikan kita Untuk jatuh cinta!


p/s: Benarkan perasaan cintaku ini Ya Allah.. Pandukan lah hatiku ke jalan yang benar..moga ukhwah antara kita semua nya kerna Allah..khas buat teman teman ku..ye,tetapkan diri ini jatuh cinta pada NYA...^^,