Sunday 31 July 2011

comel..


jom tengok dan faham..
renung-renungkan dan selamat beramal.











Jangan lupa layari fanpage Brotherhood Arts kerana mereka juga menjual beberapa produkMuslim yang menarik! Jangan lupa juga untuk berkongsi entry ni kepada rakan-rakan anda. Semoga ramai yang mendapat manfaat. InsyaALLAH.

Saturday 30 July 2011

ramadan kareem..

Salam kasih sayang dan salam senyuman seindah suria saya tujukan kepada sesiapa yang sudi membaca entry saya pada kali ni..
selawat salam buat Kekasih Allah,Muhammad s.a.w. serta ahlul bait dan para sahabat..

agaknya sebelum ni,macam ni kot blog saya...
dah lama tak menukilkan sesuatu dalam laman ni.kehidupan saya di asrama setakat ni,alhamdulillah.
kalau dulu hubungan dengan warden agak suram kerana sentiasa dikejan waktu rehat saya dari semasa ke semasa, tapi kini saya sudah boleh tersenyum sampai ke telinga bila bersua dengannya. ternyata ustazah habibatul adawiyah seorang yang sangat peramah dan boleh dibawa berbincang.

Ramadan menjengah tiba. syukur kepada Allah dengan izinnya pada tahun ni, dapat lagi berpuasa. walaupun hanya beberapa hari dapat berbuka bersama keluarga kerana lain harinya saya berada di asrama, namun pasti keberkahan itu paling dikehendaki.

Terus, ditadah tangannya kedua belah untuk doa kepada Tuhan.

" Semoga Ramadan aku tahun ini menjadi salah satu kunci untuk aku membuka pintu jannahMu..
Semoga Ramadan kali ini menjadi langkah yang pasti untuk aku menjadi anak yang solehah,sahabat yang sejati,adik yang saling menyayangi,kakak yang saling mengasihani,serta wanita yang berdiri di atas landasan agamaMu Ya Allah... ameen...."




Allah ta’ala berfirman (yang artinya), 
Sesungguhnya para lelaki muslim dan perempuan muslimah, para lelaki dan perempuan yang beriman, para lelaki dan perempuan yang taat, para lelaki dan perempuan yang jujur, para lelaki dan perempuan yang sabar, para lelaki dan perempuan yang khusyu’, para lelaki dan perempuan yang rajin bersedekah, para lelaki dan perempuan yang rajin berpuasa, para lelaki dan perempuan yang senantiasa menjaga kemaluannya, dan para lelaki dan perempuan yang banyak mengingat Allah, maka Allah siapkan untuk mereka ampunan dan pahala yang sangat besar.” (QS. al-Ahzab: 35)

selamat berpuasa dari saya,
ana liyana.