Thursday 3 November 2011

spm..

Salam semanis senyuman dengan lafaz syahadah yang setiap hari masih menutur di bibir bahkan tertanam subur di dalam hati..


Melangkaui ke bulan  November,saya semakin berdebar-debar kerana akan menempuh satu penilaian yang sedikit sebanyak akan menentukan masa depan saya.. Samada baik atau buruk natijahnya kelak,saya harus belajar untuk reda dan juga menerima..


SPM is around the corner.. Study?? dah.. Latihan?? pon dah.. Hafalan?? dah juga..

So......, saya fikir sekarang adalah hanya masa untuk saya "perangatkan" apa yang dah saya masak semasak-masaknya dalam minda dan fikiran.. Saya tanamkan tekad menggulung dalam jiwa saya untuk melihat kegembiraan pada wajah umi dan abah kelak.. Saya tentukan dalam hati saya untuk merasai kejayaan saya pada hari muka.. 

PERJUANGAN tak akan pernah berhenti..



Good Luck kepada diri,kepada kawan-kawan yang sekarang bertungkus lumus menyiapkan diri dengan senjata untuk mara ke medan perang.. Buat sahabiahku di Muassasah Al-Khairiah,Madrasah Al-Islah dan juga di persada lain,selamat berjuang sahabatku.. Jadikan doa,usaha dan tawakkal sebagai prinsip yang akan memandu langkah kalian ke satu sudut kejayaan...

No comments:

Post a Comment