Wednesday 8 June 2011

dia ratuku,ini wiraku..

Assalamualaikum penghuni bumi yang menghirup nafas segar kurniaan Pencipta teeerrrrrrrrhebat,Allah S.W.T.


Hari tu ramai-ramai sambut hari ibu,ye tak?? habis ayah?? Jangan lupa,ayah juga merupakan seorang insan berjasa yang bejaya menyempurnakan hidup kita sebagai seorang hero atau heroin yang berjaya menakluki ovum si ibu kita. Kitalah khalifah Allah,pejuang Islam kerana kita lahir dengan laungan azan dan iqamat dari ayah kita..

Abah ingin anak-anaknya punya lebih banyak kesempatan daripada
dirinya,menghadapi lebih sedikit kesulitan, lebih tidak tergantung
pada siapapun,

tapi selalu memerlukan kehadirannya.

Abah hanya menyuruh anak-anaknya mengerjakan pekerjaan yang kami sukai.
Abah membiarkan kami menang dalam permainan ketika kami masih kecil,
tapi abah tidak mahu kami membiarkan abah menang ketika kami sudah besar.
Abah selalu tepat janji!


Abah akan memegang janjinya untuk membantu seorang teman, meskipun
ajakan anak-anak untuk pergi memancing sebenarnya lebih menyenangkan.
Abah selalu membawa pulang model-model baru permainan MATTEL TOOLS,

kereta untuk abang dan hadi,patung Barbie untuk kakak,kak chik dan ayang.


Abah mula merencanakan hidup anak-anaknya ketika tahu bahwa ummi hamil,

tapi bila tiba saat kelahiran kami, 
Abah mulai membuat revisi.
Abah membantu membuat impian kami sebagai anak-anaknya jadi kenyataan




Abah mungkin tidak tahu menjawab dan mentafsir segala sesuatu, tapi abah membantu kami
mencari dan mengkajinya.
Abah mungkin kelihatan sangat manja dalam kalangan kawan-kawannya

apabila dia sering berpeluk dan mencium pipi dan dahi anak-anaknya setiap kali kami akan berjauhan.


Abah selalu memelihara janggut lebatnya, meski telah mula memutih,
Abah senang membantu kami dalam penyelesaian Math dan B.I
Abah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup
Abah benar-benar senang membantu seseorang... tapi dia sukar meminta
bantuan.
Abah suka tunjuk hebat dengan melengahkan waktu untuk membawa kereta atau motor ke bengkel, 

kerana dia merasa dapat memperbaiki sendiri segalanya.

Abah di dapur. Membuat memasak seperti penjelajahan ilmiah.
Dia punya rumus-rumus dan formula masakan dengan kaedah mencampak sendiri,

dan hanya dia sendiri yang mengerti bagaimana menyelesaikan persamaan-persamaan
rumit itu.
Dan hasilnya??

Ummi dan senua anak-anak juga menuntut ilmu kepakarannya dalam memasak dan mengetuk-ngetuk belanga.



Abah sangat suka apabila seluruh keluarga berkumpul untuk makan malam..
Abah percaya orang harus tepat waktu. kerana itu dia selalu lebih awal
menunggu anak-anak di depan rumah dengan panahan mata dan bebelannya 

apabila kami anak-anaknya balik lewat ke rumah.

ABAH ITU MURAH HATI.....
Dia akan melupakan apa yang dia ingini demi menunaikan hajat anak-anaknya.
Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran pengajian kami 5 beradik

walaupun kami tak pernah membantunya menghitung berapa
banyak kerutan di dahinya.


Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihat anak-anak melakukan
sesuatu sama seperti caranya....
Abah lebih bangga pada prestasi anak-anaknya daripada prestasinya sendiri....
Abah hanya akan menyalami kami ketika pertama kali kami pergi
meningalkan rumah untuk ke asrama,

kerana kalau dia memeluk mungkin ia tidak
akan pernah melepaskannya,

sehingga disuruh oleh ummi,"abang,,,,,anak tu..."


Untuk masa depan anak lelakinya,Muhammad Zuhairi dan Abdul Hadi,abah berpesan: ,,jadilah lebih kuat
dan tegar daripada abah, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang solehah

berikan yang lebih baik untuk menantu dan
cucu-cucu abah, daripada apa yang yang telah abah bagi kat abang dan hadi"

Dan untuk masa depan anak gadisnya abah berpesan :" jadilah selalu bidadari solehah dan bidadari
terbaik untuk ayah anak-anak kakak,kak chik dan ayang nanti! Lelaki yang lebih melindungi hampa lebih daripada perlindungan abah, tapi jangan pernah anak-anak abah
gantikan posisi abah dengan sesapa"








Bagi anda yang merindukan ayah atau abah atau papa atau walid atau abi atau baba,
tahukah mereka sangat sangat sangat menakjubkan??


Maka,ekspresikan rindu anda,sayang anda,kasih anda dan cinta anda dengan membalas jasanya dengan kejayaan anda dan cukuplah kiriman salam dan perkhabaran kesihatan untuk dirinya setiap hari jika anda berjauhan darinya..


"SELAMAT HARI BAPA"


seikhlas nurani,
seindah nukilan dari hati,
ana liyana.

No comments:

Post a Comment