Wednesday, 9 November 2011

yang jauh..



mengapakah dia yang hadir di hatiku???
..sedangkan dirinya terlalu jauh dariku
sukarnya untuk aku menafikan hakikat,
rasa yang ku alami ini,
kepedihan,kesakitan,keperihan ini,
ku alami sendiri..
aku tak mampu membaca dan mentafsir
setiap lirikan mata,senyuman dan pandangan..
namun dalam setiap langkahnya,
dia memberiku harapan..



by:ana liyana

Thursday, 3 November 2011

spm..

Salam semanis senyuman dengan lafaz syahadah yang setiap hari masih menutur di bibir bahkan tertanam subur di dalam hati..


Melangkaui ke bulan  November,saya semakin berdebar-debar kerana akan menempuh satu penilaian yang sedikit sebanyak akan menentukan masa depan saya.. Samada baik atau buruk natijahnya kelak,saya harus belajar untuk reda dan juga menerima..


SPM is around the corner.. Study?? dah.. Latihan?? pon dah.. Hafalan?? dah juga..

So......, saya fikir sekarang adalah hanya masa untuk saya "perangatkan" apa yang dah saya masak semasak-masaknya dalam minda dan fikiran.. Saya tanamkan tekad menggulung dalam jiwa saya untuk melihat kegembiraan pada wajah umi dan abah kelak.. Saya tentukan dalam hati saya untuk merasai kejayaan saya pada hari muka.. 

PERJUANGAN tak akan pernah berhenti..



Good Luck kepada diri,kepada kawan-kawan yang sekarang bertungkus lumus menyiapkan diri dengan senjata untuk mara ke medan perang.. Buat sahabiahku di Muassasah Al-Khairiah,Madrasah Al-Islah dan juga di persada lain,selamat berjuang sahabatku.. Jadikan doa,usaha dan tawakkal sebagai prinsip yang akan memandu langkah kalian ke satu sudut kejayaan...

Wednesday, 31 August 2011

welcome aidilfitri..

Salam buat seluruh makhluk jagat maya..
Disertai dengan lafaz yang menjadi kunci langkah di jannah kelak,
Asyhaduanlailahaillallah wa asyhadu annamuhammadurrasulullah...

Alhamdulillah,semua umat Islam telah selesai ujian iman dan taqwa di Madrasah Tarbiyyah Ramadhan. Samada kita layak utuk mendapat sijil graduasi ataupun tidak,hanya Allah yang boleh menilainya..
Seusai berakhirnya ujian ini,Madrasah akan bercuti,panjang sangat..
Samada nilaiannnya kita dapat memasuki semester seterusnya ataupun tidak,itulah yang patut dijadikan kebimbangan..


Aidilfitri yang datang,dan bulan-bulan yang lain,jadikan sebagai satu tempat atau satu kondisi untuk kita meneruskan ibadah yang kita lakukan dengan konsisten di Bulan Ramadhan,, Solat sunat,tadarus,sedekah dan lain-lain..

Akhirul kalam,Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari saya seandainya ada tulisan saya di laman ini yang 'memeluatkan' diri anda dan menyakiti hati anda..

ni duit raya untuk semua pengunjung ana liyana
kalau tak cukup,mintak lagi..OK??

kullu 'aam wa antum bi alfi khair..

Saturday, 27 August 2011

selamat tinggal,Rais..


Bismillahirahmanirrahim..
Ya Allah,
Engkau jadi saksi,
aku tangisi pemergian dirinya..
aku sedih akan peninggalan dirinya
dari bumi-Mu..
Ya Allah,
aku pinta dariMu..
berkati dia,rahmati dia..
Pasti ada hikmah yang tersirat
telah Kau catatkan..
Ya Allah,
tenangkan hati-hati kami.
orang yang mencintainya..
menyayanginya..
dan juga mengasihinya..
Umi dan Walidnya,
sanak saudaranya,
guru-gurunya,
dan kami teman-temannya..
Ya Allah,
aku kirimkan Al-fatihah,
ikhlas dari sanubariku..
sambil diri ini menginsafi,
setiap yang hidup pasti mati,
Ya Allah,
aku harapkan agar
dirinya diterima di sisiMu
sebagai seorang yang soleh..
......ameen......

Al-Fatihah buat seorang kenalan yang telah pergi menghadapNya pada
25 Ogos 2011 yang lalu.. Allahyarham Ibn Riduan,18,merupakan pelajar
pondok di pengkalan hulu dan anak ke-2 daripada 11 orang adik beradik..
Semoga rohnya dicucuri rahmat..


ana-liyana

Sunday, 31 July 2011

comel..


jom tengok dan faham..
renung-renungkan dan selamat beramal.











Jangan lupa layari fanpage Brotherhood Arts kerana mereka juga menjual beberapa produkMuslim yang menarik! Jangan lupa juga untuk berkongsi entry ni kepada rakan-rakan anda. Semoga ramai yang mendapat manfaat. InsyaALLAH.

Saturday, 30 July 2011

ramadan kareem..

Salam kasih sayang dan salam senyuman seindah suria saya tujukan kepada sesiapa yang sudi membaca entry saya pada kali ni..
selawat salam buat Kekasih Allah,Muhammad s.a.w. serta ahlul bait dan para sahabat..

agaknya sebelum ni,macam ni kot blog saya...
dah lama tak menukilkan sesuatu dalam laman ni.kehidupan saya di asrama setakat ni,alhamdulillah.
kalau dulu hubungan dengan warden agak suram kerana sentiasa dikejan waktu rehat saya dari semasa ke semasa, tapi kini saya sudah boleh tersenyum sampai ke telinga bila bersua dengannya. ternyata ustazah habibatul adawiyah seorang yang sangat peramah dan boleh dibawa berbincang.

Ramadan menjengah tiba. syukur kepada Allah dengan izinnya pada tahun ni, dapat lagi berpuasa. walaupun hanya beberapa hari dapat berbuka bersama keluarga kerana lain harinya saya berada di asrama, namun pasti keberkahan itu paling dikehendaki.

Terus, ditadah tangannya kedua belah untuk doa kepada Tuhan.

" Semoga Ramadan aku tahun ini menjadi salah satu kunci untuk aku membuka pintu jannahMu..
Semoga Ramadan kali ini menjadi langkah yang pasti untuk aku menjadi anak yang solehah,sahabat yang sejati,adik yang saling menyayangi,kakak yang saling mengasihani,serta wanita yang berdiri di atas landasan agamaMu Ya Allah... ameen...."




Allah ta’ala berfirman (yang artinya), 
“Sesungguhnya para lelaki muslim dan perempuan muslimah, para lelaki dan perempuan yang beriman, para lelaki dan perempuan yang taat, para lelaki dan perempuan yang jujur, para lelaki dan perempuan yang sabar, para lelaki dan perempuan yang khusyu’, para lelaki dan perempuan yang rajin bersedekah, para lelaki dan perempuan yang rajin berpuasa, para lelaki dan perempuan yang senantiasa menjaga kemaluannya, dan para lelaki dan perempuan yang banyak mengingat Allah, maka Allah siapkan untuk mereka ampunan dan pahala yang sangat besar.” (QS. al-Ahzab: 35)

selamat berpuasa dari saya,
ana liyana.


Saturday, 11 June 2011

sangkar hati..


YA ALLAH, 
ENGKAU MAHA PENYAYANG, 

MAKA ENGKAU LEMBUTKANLAH HATIKU 

AGAR MUDAH AKU MENERIMA NASIHAT DARI AGAMAMU…
YA ALLAH, 

ENGKAU MAHA MENGETAHUI 

DAN MAHA MENDENGAR SUARA HATI KECILKU,

MAKA ENGKAU PERBETULKANLAH SEKIRANYA

AKU TERSASAR DARI AGAMAMU, 

PERKEMASKANLAH SEKIRANYA

       AKU TERLENA DARI KEBENARANMU…

YA ALLAH, 

AKU MOHON ENGKAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU, 

DOSA KEDUA IBUBAPAKU DAN DOSA KELUARGAKU 

SERTA SAUDARA-SAUDARAKU…
YA ALLAH, 

HANYA PADAMU AKU BERSERAH…

AMEEN...

InsyaAllah,hari ni saya akan kembali ke asrama dan terus berjuang di medan ilmu,,
Harapkan yang terbaik adalah rasa yang lahir dari sangkar hati saya..
Moga-moga yang terbaik juga bertamu dalam taman qalb saya..