Friday 15 April 2011

bingkisan Rabitah buat sahabat..

Salam sejahtera dititipkan buat pembaca yang saya doakan agar pagi harinya dimulakan dengan lafaz syahadah.. 

hari ini,saya terima panggilan dari seorang sahabat saya dari Islah yang sentiasa saya ingati dia dalam doa saya..suaranya yang sebak menarik minat saya untuk bertanya padanya,apa yang berlaku..

Dan dengan suaranya yang halus,dia khabarkan rindu pada saya.. Meminta saya untuk kembali ke sisinya yang rasanya makin lemah apabila terlalu berjauhan dengan saya.. Dia pinta daripada saya doa untuk dia terus bertahan tanpa saya di sisinya,untuk terus dia sebarkan dakwah dengan mudah..

Saya yang turut menangis hanya mampu berkata,pintalah segalanya dari Allah..mungkin ada hikmahnya mengapa DIA biarkan langkah kami tidak berada di tanah yang sama..



Pelbagai rasa hati yang kami bicarakan sekitar 1 jam lebih tempoh talian.. Saya tamatkan perbualan kami dengan ucapan kasih dan sayang padanya agar bertambah keyakinan di dalam hatinya untuk terus bertapak bersama sahabiah yang lain di bumi Islah kerana saya juga akan teruskan langkah saya dalam mencari mardhatillah di bumi Yayasan Khairiah bersama dengan sahabiah saya di sini..

 bismillahirrahmanirrahim..

 YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini…


No comments:

Post a Comment