Thursday 14 April 2011

tips bangun solat subuh..

 Asyhadu an lailahaillah,wa anna muhammadan rasulullah..
inilah  sebenarnya lafaz yang perlu kita ucapkan tiap kali kita terjaga dari mati yang sementara iaitu TIDUR,,lalu disusuli dengan doa bangun tidur...
apa yang nak saya kongsikan pada post kali ini sangat berkait rapat dengan kita yang terkadang agak susah atau agak liat untuk bangun pada sekitar waktu sebelum subuh...
Jadi,saya nasihatkan agar anda membacanya dan cuba untuk praktiskannya..dan lagi bagus untuk kita sama-sama istiqamahkannya dakam kehidupan yaumiyyah kita...
 

sebelum tidur ( Fokusnya persiapan sebelum tidur)

1. Sebelum tidur, lakukan persiapan yang sewajarnya. Ini kerana kita akan melangkah ke alam tidur. – Ada sesetengah orang menyatakan ia sebagai alam kematian yang sementara. Kita kena bersedia. Are You Ready?

2. Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan yang sesuai da selesa untuk tidur. Pastikan ia kemas dan tidak kotor.

3. Ambil wudhuk, bersihkan muka dan gosok gigi agar mulut anda bersih dan suci. Saya pasti, anda akan merasai kesegaran dan kenyamannya.

4. Biasakan dirikan solat sunnat 2 rakaat – terpulanglah sama ada solat taubat, hajat atau apa pun. Jika saya, kebiasaannya solat sunat taubat. Aggaplah ia sebagai stesen muhasabah diri sebelum melelapkan mata.

5. Jika mampu, tutupkan malam anda dengan membaca Al-Quran. Biasanya selalu kita lihat ramai yang melazimi surah Al-Mulk sebelum tidur. InsyaAllah, kita juga boleh lakukannya.

6. Setkan jam loceng atau alarm telefon bimbit pada waktu yang ingin anda bangun. Sedikit pandangan saya, jika boleh setkan alarm telefon dengan alunan azan atau ayat Al-Quran. Bagi saya, ia sangat-sangat sesuai. Kita dikejutkan dengan kalimah-kalimah yang mulia. Cuba elakan dengan muzik-muzik yang tidak selari dengan nafas ruh Islam.

7. Baringkan badan dengan selesa dan baca tiga kul. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian tarik nafas dan hembus dengan keselesaan anda.

8. Justeru, pejamkan mata dan sambil-sambil beristighfar dan berzikir sehinggalah mata terlelap tidur dengan tenang, aman dan damai.
Selepas Tidur

1. Kita akan terjaga jika terdengar jam loceng atau alunan azan daripada telefon kita. Ok baiklah, cuba elak untuk menutup bunyinya sehinggalah anda benar-benar tersedar.

2. Kemudian, duduk dan cuba elak dari membaringkan diri semula. Kemudian, bacalah doa bangun subuh.

3. Baiklah, Rasulullah SAW memberi panduan kepada kita bahawa apabila kita tidur terdapat 3 ikatan yang diikat oleh syaitan semasa kita tidur. Justeru ada 3 kaedah untuk merungkaikan ikatan itu. Yang pertamanya telah saya sebutkan dalam tips ke 2.

4. Baiklah, seterusnya terus ke bilik air basuh muka, gosok gigi dan bersihkan badan. Dan ambilkan wudhuk dengan tenang. InsyaAllah, wudhuk akan merungkaikan ikatan yang ke dua.

5. Seterusnya, kata Rasulullah kita dirikan solat sunat 2 rakaat. InsyaAllah ikatan ke 3 akan terungkai dengan izin Allah SWT.

6. Dan, selepas itu saya yakin kita akan sedar, bertenaga dan ceria. Dan boleh kita membaca Al-Quran dan sebagainya.




 SELAMAT BERAMAL...T_T

No comments:

Post a Comment