Friday 15 April 2011

ia datang lagi..

 ..بسم الله الرحمن الرحيم
أشهد أن لا اله الله و أشهد أن محمد رسول الله

Alhamdulillah..hari ini dapat kita sama-sama mengecap nikmat iman dan islam dengan dimulakan lafaz syahadah diikuti dengan doa-doa kepada Allah pohon dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan kita..

Insya Allah,pada hari ini,saya akan kembali ke asrama bagi memenuhi fatrah kehidupan saya sebagai seorang pelajar.. memilih sekolah agama sebagai satu medan perjuangan bukanlah satu perjalan yang mudah untuk saya lalui.. Tambahan pula,tugas-tugas yang menanti saya di sana sentiasa berjalan tanpa henti.. sebagai seorang naqibah,saya harus sentiasa mempersiapkan diri saya untuk melalui kehidupan dengan mata-mata yang memerhati tingkah saya setiap masa.. Allah jua Maha Melihat..memegang jawatan sebagai biro di asrama juga banyak menuntut kesabaran saya setiap masa.. 

YA ALLAH,...Kau berilah kekuatan padaku agar terus merasa indahnya ujian dariMu..berilah kesabaran padaku dalam menjalani garisan pasir hidupku di pantai kehidupanku..Sesungguhnya Kau adalah Maha Mendengar doaku..



Selepas dari percutian saya selama 2 hari di rumah,apabila saya kembali ke bait saya yang kedua,saya akan menghadapi peperiksaan..Makanya saya pinta dari anda agar mendoakan yang terbaik buat saya.. Dari subjek Dinniyyah hingga ke Akademik,saya pinta agar dipermudahkan urusan saya untuk menghafaz dan memahami dengan mudah dan pinta agar ianya dapat saya nukilkan dalam kertas jawapan saya kelak..
Ameen...........

Juga saya ucapkan semoga berjaya kepada sahabiah saya di bumi Islah dan Yayasan Khairiah..pesanan saya,jangan lupa ucapkan syukran jazilan kepada muallimin wa muallimat yang sentiasa mencurahkan kata-kata semangat dan ilmu mereka.. tak lupa juga kepada ibu dan ayah kita yang sentiasa mendoakan agar anak-anaknya berjaya dunia dan akhirat..


bingkisan Rabitah buat sahabat..

Salam sejahtera dititipkan buat pembaca yang saya doakan agar pagi harinya dimulakan dengan lafaz syahadah.. 

hari ini,saya terima panggilan dari seorang sahabat saya dari Islah yang sentiasa saya ingati dia dalam doa saya..suaranya yang sebak menarik minat saya untuk bertanya padanya,apa yang berlaku..

Dan dengan suaranya yang halus,dia khabarkan rindu pada saya.. Meminta saya untuk kembali ke sisinya yang rasanya makin lemah apabila terlalu berjauhan dengan saya.. Dia pinta daripada saya doa untuk dia terus bertahan tanpa saya di sisinya,untuk terus dia sebarkan dakwah dengan mudah..

Saya yang turut menangis hanya mampu berkata,pintalah segalanya dari Allah..mungkin ada hikmahnya mengapa DIA biarkan langkah kami tidak berada di tanah yang sama..



Pelbagai rasa hati yang kami bicarakan sekitar 1 jam lebih tempoh talian.. Saya tamatkan perbualan kami dengan ucapan kasih dan sayang padanya agar bertambah keyakinan di dalam hatinya untuk terus bertapak bersama sahabiah yang lain di bumi Islah kerana saya juga akan teruskan langkah saya dalam mencari mardhatillah di bumi Yayasan Khairiah bersama dengan sahabiah saya di sini..

 bismillahirrahmanirrahim..

 YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini…


risalah cinta..

Bagaimana pun kejadian yang menerpa kita
Harapan akan tetap bersinar dalam reruntuhan..
Dan kelak menemui masa membahagiakn
Hati yang sedih akan bernyanyi
Jeruji penjara akan berekspresi dengan penuh senandung
Bebas…
Gelak tawa akan memenuhi sisi-sisi kehidupan
Dikelilingi wangi bunga yasmin di atas cakrawala
Bagaimanapun…
Dorongan keluhan-keluhan akan membuka kemajuan
Di atas arus zaman
Bagaimana pun awan kesengsaraan begitu tebal
Aku melihat masa kebahagiaan
Di balik gumpalan cahaya fajar
Di balik lapisan-lapisan awan
Kami akan bebas
Kami akan meleburkan diri ke dalam
Menyelami pertempuran akhir tanpa perisai pelindung
Melawan para pencuri yang berbaju besi
Kami orang-orang yang mengutamakan mati
Untuk kehidupan orang lain tanpa air mata
Kami orang-orang yang kami
Seperti punggung mereka yang terbuka
Untuk para pemfitnah
Tidak memantul cahaya pada kening kami
Meskipun dari ini keringat-keringat kami
Akan menyalakan api kerinduan pada masa depan
….. dan kami akan bebas

dipetik dari,
"ALI BIN ABI THALIB THE GLORIOUS"
karya Abdurrahman Asy-Syarqawi

biar sempurna..

Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita berada di mana2 sekalipun. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Tanda Benarnya Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ
كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

BERTUDUNG IKUT SYARIAT ATAU IKUT FESYEN SEMATA2?

Bla wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung..Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.

Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.

Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada.Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

Bagaimana lelaki-lelaki ISLAM di luar sana mahu menahan nafsu..?
Bila tengok perempuan ISLAM pakai ketat dan seksi macam itu..

Boleh dikatakan setiap hari kaum lelaki berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Bagaimana lelaki-lelaki ISLAM di luar sana mahu menahan nafsu..?
Bila tengok perempuan ISLAM pakai ketat dan seksi macam itu..

TERBELIAK MATA-MATA kaum lelaki itu...!!

Andai saja wanita mengerti apa yang di pikirkan seorang laki-laki ketika melihat mereka berpakaian seksi, saya yakin mereka pasti tak mau tampil seperti itu lagi. Kecuali, bagi mereka yang memang sudah punya niat untuk menarik lelaki dengan aset berharga yang mereka punya.

Thursday 14 April 2011

tips bangun solat subuh..

 Asyhadu an lailahaillah,wa anna muhammadan rasulullah..
inilah  sebenarnya lafaz yang perlu kita ucapkan tiap kali kita terjaga dari mati yang sementara iaitu TIDUR,,lalu disusuli dengan doa bangun tidur...
apa yang nak saya kongsikan pada post kali ini sangat berkait rapat dengan kita yang terkadang agak susah atau agak liat untuk bangun pada sekitar waktu sebelum subuh...
Jadi,saya nasihatkan agar anda membacanya dan cuba untuk praktiskannya..dan lagi bagus untuk kita sama-sama istiqamahkannya dakam kehidupan yaumiyyah kita...
 

sebelum tidur ( Fokusnya persiapan sebelum tidur)

1. Sebelum tidur, lakukan persiapan yang sewajarnya. Ini kerana kita akan melangkah ke alam tidur. – Ada sesetengah orang menyatakan ia sebagai alam kematian yang sementara. Kita kena bersedia. Are You Ready?

2. Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan yang sesuai da selesa untuk tidur. Pastikan ia kemas dan tidak kotor.

3. Ambil wudhuk, bersihkan muka dan gosok gigi agar mulut anda bersih dan suci. Saya pasti, anda akan merasai kesegaran dan kenyamannya.

4. Biasakan dirikan solat sunnat 2 rakaat – terpulanglah sama ada solat taubat, hajat atau apa pun. Jika saya, kebiasaannya solat sunat taubat. Aggaplah ia sebagai stesen muhasabah diri sebelum melelapkan mata.

5. Jika mampu, tutupkan malam anda dengan membaca Al-Quran. Biasanya selalu kita lihat ramai yang melazimi surah Al-Mulk sebelum tidur. InsyaAllah, kita juga boleh lakukannya.

6. Setkan jam loceng atau alarm telefon bimbit pada waktu yang ingin anda bangun. Sedikit pandangan saya, jika boleh setkan alarm telefon dengan alunan azan atau ayat Al-Quran. Bagi saya, ia sangat-sangat sesuai. Kita dikejutkan dengan kalimah-kalimah yang mulia. Cuba elakan dengan muzik-muzik yang tidak selari dengan nafas ruh Islam.

7. Baringkan badan dengan selesa dan baca tiga kul. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian tarik nafas dan hembus dengan keselesaan anda.

8. Justeru, pejamkan mata dan sambil-sambil beristighfar dan berzikir sehinggalah mata terlelap tidur dengan tenang, aman dan damai.
Selepas Tidur

1. Kita akan terjaga jika terdengar jam loceng atau alunan azan daripada telefon kita. Ok baiklah, cuba elak untuk menutup bunyinya sehinggalah anda benar-benar tersedar.

2. Kemudian, duduk dan cuba elak dari membaringkan diri semula. Kemudian, bacalah doa bangun subuh.

3. Baiklah, Rasulullah SAW memberi panduan kepada kita bahawa apabila kita tidur terdapat 3 ikatan yang diikat oleh syaitan semasa kita tidur. Justeru ada 3 kaedah untuk merungkaikan ikatan itu. Yang pertamanya telah saya sebutkan dalam tips ke 2.

4. Baiklah, seterusnya terus ke bilik air basuh muka, gosok gigi dan bersihkan badan. Dan ambilkan wudhuk dengan tenang. InsyaAllah, wudhuk akan merungkaikan ikatan yang ke dua.

5. Seterusnya, kata Rasulullah kita dirikan solat sunat 2 rakaat. InsyaAllah ikatan ke 3 akan terungkai dengan izin Allah SWT.

6. Dan, selepas itu saya yakin kita akan sedar, bertenaga dan ceria. Dan boleh kita membaca Al-Quran dan sebagainya.




 SELAMAT BERAMAL...T_T

kasih antara KAMI 2..

Salam sejahteranbuat penduduk dunia yang harinya ditemani senyuman dan paginya dimulakan dengan lafaz syahadah..
Hari ni,hati saya agak merindui sahabat yang sudah jauh di mata saya.. jadi mungkin ini agaknya saya post kan lagu yang bertajuk SAHABAT dari AMAR sebagai satu penyembuh bagi rindu saya pada mereka pada post yang lalu..
geng gebang d' YK 2010




 
 moga persahabatan yang dibina kekal selamanya....
ameen...
 sweet memories in YK,
kak syakila,azwa,nabila,nisah,ayang,nisak,majidah dan afiqah..

kasih antara KAMI..

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR
Album : Kiasan Naluri

ya qalbiy..

Duhai hati,
saat kau merintih kerana cinta dunia yg xkesampaian,
biarlah dia terus berlalu pergi,
meninggalkan sepi di kamarmu...
 
Duhai hati,
seandainya kau terus mengeluh cinta dunia,
ketahuilah ianya takkan kekal abadi,
ketahuilah ianya akan fana..
 
Duhai hati,
ratibkanlah kalimah cinta Thoyyibah,
biar hancur jasadmu dikandung tanah,
tapi jiwamu mengalir semangat syuhada seperti hamzah,
biar mengalir pekat darah merah,
tapi kentalmu tetap seperti Bilal bin Rabah
biar badanmu dimamah mata peluru dan pedang,
namun sejarah Cinta seperti Sumayyah bakal tercipta,
biar pandanganmu hilang diusik pemusnah,
tapi jiwamu terang seperti zinnirah..

Duhai hati,
ayuh bangkitlah,
anyam kembali sebuah kisah cinta ,
fitrah yang suci tapi sering dicemari,
ayuh bangkitlah,
menghampar selautan cinta pada DIA,
biarkan mereka2 yang cuba mencarik cintamu,
kerana utuhnya benang iman ,
kukuh mengikat tiap2 cinta,
ayuh bangkitlah,
seumpama mekarnya mawar di taman bunga,
mengharum segar tp punya duri,
yang tak semua mampu memetiknya,
moga terus bangkit, duhai hati.....

aku..wanita biasa..

Assalamualaikum...salam lafaz selamat sejahtera buat mereka yang memulakan harinya dengan lafaz syahadah..
lama tidak meng'update' blog,...al maklumlah hidup sebagai pelajar yang hari-harinya mengikuti peraturan ALLAH dan asrama.. bila balik bercuti di rumah,mungkin baru ada sedikit waktu untuk diluang bersama.....

Setiap manusia yang Allah jadikan pasti akan menerima ujian. Hidup ini pun sudah 1 ujian, dan tidak ada yang terkecuali menerima ujian. Berat dan ringan sesuatu ujian sesuai dengan kesanggupan seseorang itu untuk memikulnya.

Allah berfirman bermaksud:
"Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiyaâ, ayat 35)

Tergerak di hati apabila membaca secebis kata2 dari seorang sahabat mengenai cinta. Apa itu cinta? Pasti ramai yang akan berkata, cinta itu buta, cinta itu indah, dan sebagainya. Cinta itu sendiri sebenarnya sangat subjektif. Sukar nak digambarkan dengan kata2. Bila orang bertanya, mengapa pilih dia? Jawapannya, ialah tiada jawapan kerana itulah perasaan yang Allah hadirkan dalam diri. Terlalu misteri. Ada yang cinta kerana nafsu, kerana paras rupa dan kerana harta benda. Moga cinta yang Allah hadirkan dalam diri kita adalah kerana Allah Ta'ala, yakni cinta yang berlandaskan syariat.


Tapi, seringkali pejuang tewas dengan cinta sesama manusia. Kecewa dengan cinta makhluk. Dalam diri seorang pejuang, istilah kecewa dengan cinta sesama makhluk tidak ada dalam kamus hidupnya. Jika benar anda mengaku sebagai pejuang, bangkitlah semula. Jangan terus kecundang. Dunia ini adalah medan perjuangan kita, pentarbiyyahan dalam diri kita.


Diriku juga bukanlah seorang yang sempurna, aku tidak mendambakan lelaki sehebat Saidina Ali kerana aku bukanlah sebaik Siti Fatimah. Aku tidak mendambakan mahligai indah, rupa menawan seperti Yusuf, harta menggunung tinggi. tapi cukuplah sekadar seseorang yang mampu menjadi suami dan ayah kepada anak2 kelak. Yang mampu berganding bahu dan bersama2ku meneruskan perjuangan rasulullah s.aw. Tidak perlu bersusah payah untukku kerana cukuplah apa yang ku impikan.

Jangan berkata 'tidak layak' untukku, jangan sesekali mengatakannya kerana aku bukanlah wanita yang ingin dipuja melambung tinggi dan aku hanyalah wanita biasa. Kita bernafas dengan udara yang sama, kita berpijak di bumi yang sama dan kita juga menyembah tuhan yang sama. Dia boleh berkata dan meluahkan rasa hatinya, tapi adakah dia tahu apa yang aku inginkan? Adakah dia tahu apa yang aku mahukan? Adakah aku tiada hak untuk meluahkannya? Cinta dan perasaan bukan untuk dipersendakan kerana ia bermain2 dengan jiwa. Jika jiwa rapuh dan goyah, rapuhla ia bersama2 dengan cintanya. Jika jiwanya kuat dan tabah, pasti dia akan merangkak2 mencari cinta Ilahi.


Berilah peluang kepada diri masing2 seadanya, hindarkan dari terlalu suka bersangka2 kerana itulah puncanya hati mula rapuh. Bukan ku pinta seseorang seperti Nabi Muhammad s.a.w, tapi cukuplah dia berusaha untuk menjadi seperti baginda kerana aku juga mengharapkan dia dapat menggapai tanganku dan mendidikku untuk berusaha menjadi Siti Khadijah. Pimpinlah aku, sambutlah tanganku andai aku jatuh kerana aku masih seorang wanita biasa...(T_T)