Sunday 18 December 2011

peluang kedua,ketiga dan seterusnya..

Assalamualaikum.. Salam seindah senyummu,senyum mereka yg sntiasa melafazkan Asyhadu an lailahaillallah wa Asyhadu anna Muhammad rasulullah..

Apa agaknya yg ada pd peluang.. prnahkah anda mrasa nikmatnya ketika diberi peluang kedua...?? Pernahkh kita trfikir,dr kecil lg,kita selalu dberi pluang oleh ibu dan ayah sendiri.. Misalannya, bila cuba bertatih dan kita terjatuh,ibu dan ayah akan trsenyum dan mnta kita supaya bangun dan cuba semula smbil mghulurkan tangan mereka..

Mari,kita susur apakah pula peluang yg dberi pd kita dalam sedar atau tidak..

MUDA VS TUA
SIHAT VS SAKIT
LAPANG VS SEMPIT
KAYA VS MISKIN
HIDUP VS MATI

Ayuh.. Ambillah peluang sebanyak mungkin untuk kita berbuat kebajikan sementara tangan kita masih lagi kuat dan tenaga kita masih lagi "hijau",penglihatan kita masih lagi tajam,.. Rebutlah peluang ini sementara sakit belum menapak datang ke kita,kerana,apabila sakit menjengah,barangkali segala urusan harian kita,orang yang akan uruskan..

Ambillah juga masa yang disebut oleh Rasulullah iaitu lapang.. Sempitnya diri kita bererti sibuknya diri kita.. Perumpamaan orang yang sibuk mungkin saya boleh gambarkan orang yang berniaga di pasar malam.. Masing-masing sibuk untuk menawan hati pengunjung supaya rezeki berada pada mereka.. Semua orang yang sibuk juga mungkin seperti saat ribut taufan melanda dan semua orang sedang sibuk menyelamatkan diri masing-masing..

Anda mempunya 10sen?? Ayuh,bersedekahlah.. Mungkin apbila satu ketika anda jatuh miskin,anda tidak mampu lagi untuk beramal jariah.. Malah untuk membeli makanan buat diri sendiri juga anda tidak mampu.. Tapi,saya seringkali juga mendengar, biar miskin harta,jangan miskin bahasa.. Errm... renungkanlah..

Dan akhir sekali, KEMATIAN.. Kematian ini hanya dirasai sekali sahaja.. Kematian juga merupakan peluang yang terakhir yang anda ada.. Walaupun kelak anda akan dihidupkan semula untuk berkira-kira dengan neraca Al-Mizan,disana tiada lagi kematian..



Begitu banyak sekali peluang yang terbentang di hadapan kita.. Malah saya juga menghitung berapa banyakkah peluang yang menanti saya selepas keluarnya keputusan SPM nanti..


Ya Allah,permudahkanlah,... berilah peluang untukku.. Allahumma yassir wa la tu'assir...

No comments:

Post a Comment