Thursday 22 December 2011

srikandi pejuang..

Assalamualaikum dan salam pautan ukhuwah buat yg sudi brkunjung ke teratak Ana Liyana yg tak seberapa pndai mnulis..

Untuk entry kali ni saya nak mnceritakan tntang semangat seorang serikandi pejuang Islam yg melabelkan dirinya telah "menginfaqkan dan mewakafkan dirinya" untuk mempertahankan deenullah,Islam yang syumul.. semangatnya mmbuatkan saya lbih brsemangat dan hati saya berniat untuk turut serta sepertinya,seperti ibu saya dan seperti muslimah di luar sana yang ingin menjadikan diri mereka sbagai penggerak Islam samada di dalam medan dakwah mahupun medan politik..

Inilah dia Cikgu Normala Sudirman.. seorang pendidik di Johor dan kini bergerak sepenuh masa dengan PAS dan Cikgu sbagai Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) .. ujiannya besar,tohmahan buat dirinya tidak kurang hebatnya,tetapi dia masih tetap sbgai seorang serikandi pejuang yang ikhlas dan telus dalam mmperjuangkan Ad-Deen.. Syabas Cikgu..!!!


Akan tetapi segala tomahan itu kata Cikgu Mala sedikitpun tidak menggetarkan jiwanya dan tidak juga membunuh semangatnya yang tulus itu.. 

"Apa pun, kalah atau menang dalam pemilihan ini bukanlah persoalan. Apa yang penting hasrat 'Fastabiqul Khairat' iaitu berlumba- lumba membuat kebajikan dalam apa jua situasi. Pengalaman semasa PRK DUN Tenang terlalu mahal dan cukup bermakna.Segala persiapan fizikal dan mental juga jiwa yang 'pasrah' atas apa jua ketentuan Illahi mengajar saya agar meletakkan 'pergantungan' kepada Allah swt dalam menghadapi serangan peribadi dalam pilihanraya kecil pada Januari yang lalu .Jadi, kini saya juga redha atas apa jua ketentuan Illahi.."


Melihat pada kesungguhannya, benarlah apa yang sering ustaz saya ingatkan para pelajarnya bahawa apabila kita menolong Allah(agamaNya), maka Allah akan menolong kita.. 


Jadi sebagai motivasinya,jangan menarik diri atau brputus asa dari suatu medan pertempuran yang telah Allah sediakan buat kita sebagai ujian keimanan dan kesabaran kita.. Bukankah SABAR itu cantik??



dr kri: Pn Busyra,Cg Mala,Pn Jamaliah(umi),Pn Laila
makan pun ayu,bukan senang nk mkn
dgn "serikandi pejuang" tau..
moga ukhuwah yg trpaut,brkekalan selamanya..
done!! brsama pnulis.=)


Dan hati saya benar-benar yakin bahawa pahitnya perjuangan pasti menuntut manisnya habuan,bukankah itu sunnah bagi orang yang berjuang.. Sekalipun manis itu tidak dirasai sewaktu di duni,mungkin ianya menanti di akhirat kelak.. 


Teruskan perjuanganmu Cikgu,saya disini akan sentiasa mendoakan Cikgu dan semua yang mempunyai   kekuatan dalam mempertahankan agamaNya supaya sentiasa tabah dan sabar..

No comments:

Post a Comment