Friday 30 December 2011

selamat datang dan selamat berlalu..

Assalamualaikum..
Selawat dan salam buat Kekasih Terulung,Nabi Muhammad serta para sahabat dan seluruh ahlul bait..
Basahkan lidah dan hatimu tika ini dengan zikrullah..

 Subhanallah,
 Alhamdulillah,
 Lailahaillallah,
 Allahuakbar...

   Selamat berlalu tahun 2011.. hari ni hari terakhir saya dan kita semua berada di dalam tahun 2011..
Azam yang ditekadkan pada awal tahun dahulu,sudahkah terlaksana ataupun hanya sekadar dicoretkan di atas helaian diari ataupun di'post'kan di laman blog?? Apa yang kita hadapi pada tahun 2011 sepatutnya menjadi satu perjalanan yang sangat indah untuk dikenang,walaupun ianya terselit dgn 1001 titisan air mata diselangi dengan gelak tawa yang menceriakan..


    Saya sendiri melalui semua itu dan saya mengaharapkan agar tahun 2012 yang bakal tiba kurang dari 24 jam ini,menjadi titik tolak untuk saya meneruskan kehidupan yang lebih memberi saya kesedaran dalam jiwa saya sesuai dengan jiwa seorang Islam yang mengaku beriman dan mentauhidkan Allah sebagai Tuhan Yang Esa dan menjadikan saya seorang yang lebih menghargai erti bersyukur dengan segala nikmat yang telah dianugerahkan Allah buat diri saya..

   Insya Allah,pada hari ini juga saya akan memulakan langkah kehidupan sebagai seorang pelajar Tingkatan 6..Sebentar sahaja lagi enjin kereta akan dihidupkan dan Muassasah Al-Khairiah sudah tentu menjadi destinasi.. Harapan saya agar Allah s.w.t. memberikan ketenangan kepada saya sepanjang saya berada di rumah kedua saya dan mengurniakan kepada saya ingatan yang baik untuk saya menghafaz al-Quran dan madah-madah yang akan saya pelajari di dalam kelas kelak.. Ameen..





"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Riwayat al-Bazzar)


2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt ^_^

    Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk makin mengenali dan mendekati Allah. Saban hari berlalu bersama detik waktu yg pantas berlari, tanpa disedari telah lama diri berdiri di bumi Allah. Mengutip ibrah dlm kehidupan pastinya sbgi menjadi penguat dlm menemani kembara. Moga Ana Liyana sentiasa dlm pemeliharaan Allah dan dimudahkan jalan dlm menimba ilmu. Insya-Allah, Ameen. *hug*

    ReplyDelete
  2. syukran zahratu billaurah.. moga sama2 kita mndapat payungan rahmat Allah dlm mniti imbangan dunia yang akan mmbawa kita ke titian akhirat dan sama2 brpmpinan tangan ke syurga,ameen..*kiss u*

    ReplyDelete